LOS ANGELES, 31 Dis – Tiger Woods (gambar) pada Jumaat lalu berkata dia membawa permainannya ke peringkat seterusnya, tetapi jadual tahun 2018 masih tidak jelas ketika dia berusaha untuk melakukan aksi kembali daripada kecederaan.
Juara utama 14 kali itu mengeluarkan pos dalam laman sesawangnya, menggambarkan mengenai 2017 dan bersedia bagi 2018 yang diharapkannya akan menyaksikannya beraksi dengan jadual penuh dan beraksi dalam Jelajah PGA AS.
“Sekarang, saya merasakan saya membawanya ke peringkat lain,” kata Woods mengenai corak yang dilakukannya sejak aksi yang memberangsangkan dalam pertandingan di Hero World Challenge di Bahamas pada November.
“Saya terus berkembang dan cuba mendapatkan sekuat mungkin di mana saya boleh menangani tugasan sekali lagi. Saya sukar untuk beraksi dalam jadual penuh pada 2018.
“Ia begitu banyak, termasuk pertandingan berturut-turut, saya tidak tahu,” kata Woods. “Saya hanya perlu meneruskan apa yang termampu saya dalam pertandingan dan melihat di mana kedudukan saya.
“Saya berharap saya tahu di mana saya akan beraksi dan bila saya akan beraksi, ia terlalu mudah untuk menyediakannya tetapi kami tidak tahu. Ini adalah wilayah yang tidak dicartakan.”
Woods terlepas semua musim 2015-16 dan percubaan aksi kembalinya pada awal 2017 terjejas apabila masalah belakangnya kembali. Dia menjalani satu lagi prosedur belakang pada April dan berehat sehingga Hero World Challenge, pertandingan tidak rasmi yang dihoskannya bagi pertandingan amal. – AFP