Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods mula tunjuk taring

    WASHINGTON, 31 MEI – Tiger Woods memulakan pemburuan terkini untuk menyamai rekod Sam Snead bagi jumlah kejuaraan dalam Jelajah PGA AS dengan dua bawah par 70 awal pagi tadi sekali gus meletakkannya lima pukulan di belakang pendahulu Ryan Moore pada Kejohanan Memorial.

    Woods, bekas pemain nombor satu dunia, bermain buat kali pertama sejak terlepas ‘cut’ pada Kejuaraan PGA, membenam birdie dua daripada tiga lubang terakhir untuk kekal bersaing dengan Moore, yang mencatat tujuh bawah par 65.

    Pemain berusia 43 tahun itu, pemenang lima kali di Memorial, boleh menyamai catatan rekod Snead dengan 82 kemenangan Jelajah PGA jika menang hujung minggu ini di Muirfield Village di Dublin, Ohio.

    Pemenang 15 gelaran utama itu, yang melengkapkan kemunculan semulanya hampir dua tahun kerana kecederaan dengan memenangi Masters AS April lalu, kelihatan selesa sepanjang pusingan pertama awal pagi tadi.

    Woods yang tersenyum puas hati dengan pusingannya sekalipun dia berkata, patut menggunakan kesempatan susulan lapangan basah.

    “Ia satu daripada hari yang mana ia mungkin mudah untuk mendapat birdie,” kata Woods. – AFP

    Aksi Tiger Woods ketika membuat pukulan pada perlawanan pusingan pertama di Muirfield Village di Dublin, Ohio. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda