Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Woods terus berlatih uji stamina

    WASHINGTON, 29 APRIL – Tiger Woods dilaporkan berlatih di lapangan Southern Hills, Tulsa, Oklahoma, semalam, tiga minggu sebelum bermulanya Kejohanan PGA di padang terkenal itu.

    Pemenang major 15 kali itu mencatat kepulangan kepada pertandingan pada awal bulan ini di Masters selepas mengalami kecederaan kaki serius 14 bulan lalu dalam nahas kereta. Dia bergelut dalam 36 lubang terakhir dan berakhir di tempat ke-47.

    Menurut Golf Channel dan Golf Digest, pemain berusia 46 tahun itu dilaporkan berlatih di padang 18 lubang untuk menguji staminanya.

    Kali terakhir Kejohanan PGA diadakan di Southern Hills adalah pada 2007, apabila Woods memenangi acara itu buat kali keempat menerusi kelebihan dua pukulan, tetapi reka bentuknya kini berubah sejak diubah suai.

    Southern Hills akan menganjur Kejohanan PGA ke-104 pada 19 hingga 22 Mei dan Golf Digest melaporkan Woods merancang mengambil bahagian, jika tiada halangan dalam persediaan untuk acara tersebut.

    Woods yang mengesahkan dia merancang untuk bermain di Terbuka Britain ke-150 di St Andrews pada Julai depan dan acara dua hari di Ireland sebelum itu, tetapi masih belum mengesahkan mengenai kejohanan lain, termasuk kejuaraan major di Tulsa pada bulan depan dan Terbuka AS pada Jun di Boston.

    Sebelum beraksi di Masters, Woods turut meninjau dan berlatih di Augusta National yang juga acara utama pertamanya pada tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...