Monday, September 26, 2022
23.8 C
Brunei

Woodside Petroleum keluar dari Myanmar

-

BANGKOK, 27 JAN – Syarikat minyak Australia, Woodside Petroleum berundur daripada projek di Myanmar yang dibelenggu krisis, susulan keputusan serupa oleh Total dan Chevron minggu lalu.

Woodside meletakkan semua aktivitinya di Myanmar di bawah semakan semula selepas tentera merampas kuasa setahun lalu, menyingkirkan kerajaan dipilih diketuai Aung San Suu Kyi dan mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran yang ditangani pasukan keselamatan dengan keganasan.

Woodside hari ini mengatakan ia sudah pun melepaskan sebahagian daripada permit penggerudiannya di Myanmar dan bersiap sedia untuk menamatkan operasi lain di sana.

Meneruskan kerja-kerja di Myanmar ‘bukan lagi satu pilihan berdaya maju’, kata CEO Woodside, Meg O’Neil dalam satu kenyataan.

Syarikat Perancis, Total dan Chevron Jumaat lalu mengatakan mereka akan keluar dari Myanmar, memetik penganiayaan hak asasi manusia berleluasa dan undang-undang yang semakin teruk sejak junta mengambil alih kuasa.

Dua syarikat itu menerima tekanan meningkat kerana peranan mereka menjalankan operasi platform minyak pesisir pantai bersama syarikat milik kerajaan, Myanma Oil and Gas Enterprise (MOGE) dan PTT Exploration & Production milik Thailand. – AP

Pemegang saham tiba bagi menghadiri mesyuarat agung Woodside Petroleum yang diadakan di Pusat Konvensyen Perth, 8 Ogos. Syarikat Australia, Woodside Petroleum mengatakan ia akan berundur daripada projek-projek yang dijalankan di Myanmar yang dibelenggu krisis, susulan langkah sama diambil oleh Total dan Chevron minggu lalu. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -