Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘World Cafe’ kongsi amalan terbaik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Pemimpin-pemimpin sekolah Kluster 2 yang terdiri daripada pengetua, guru besar, timbalan pengetua dan penolong guru besar, semalam, telah menghadiri sesi ‘World Cafe’ bagi berkongsi amalan-amalan terbaik.

    Sesi berkenaan telah diadakan di Dewan Persidangan 1, Kementerian Pendidikan dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan Profesional, Jabatan Sekolah-sekolah (JSS), Kementerian Pendidikan, Dayang Marina Chek binti Bujang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, SEI (Secondary Education Initiatives) dan PEI (Primary Education Initiatives) ‘World Cafe’ ini adalah satu wadah bagi semua pemimpin sekolah untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran di samping meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya dalam kualiti kepimpinan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang mengintegrasikan kemahiran abad ke-21.

    Awang Metussin bin Haji Jais ketika menerangkan mengenai Projek Satellite School.
    Awang Metussin bin Haji Jais ketika menerangkan mengenai Projek Satellite School.
    Antara aktiviti yang turut diadakan semasa sesi ‘World Cafe’ tersebut.
    Antara aktiviti yang turut diadakan semasa sesi ‘World Cafe’ tersebut.

    Ia juga diharap menjadi medan bagi menjana inovasi dan kreativiti dalam pemimpin sekolah dalam menangani isu-isu pengajaran dan pembelajaran.

    Sesi profesional ini juga diselajurkan dengan perasmian Projek ‘Satellite School Cluster 2’ iaitu penubuhan kumpulan sekolah-sekolah yang dijadikan sebagai pakar rujuk dalam meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda