Friday, October 18, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    World Central Kitchen teruskan operasi di Gaza

    MOSCOW, 29 APRIL – Badan amal World Central Kitchen (WCK) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) hari ini meneruskan operasi di Semenanjung Gaza iaitu hampir sebulan selepas tujuh pekerja WCK terbunuh dalam serangan Israel pada 1 April.

    “Kami mempunyai 276 lori, dengan hampir lapan juta makanan, bersedia untuk masuk melalui Lintasan Rafah. Kami juga akan menghantar trak dari Jordan,” kata Ketua Eksekutif WCK, Erin Gore, lapor Sputnik.

    Setakat ini, badan amal makanan itu telah mengagihkan lebih daripada 43 juta makanan di wilayah Palestin, yang menurut WCK menyumbang 62 peratus daripada semua bantuan NGO antarabangsa di Gaza.

    Serangan udara Israel ke atas konvoi bantuan itu mencetuskan kecaman daripada Amerika Syarikat dan sekutu tradisional Israel yang lain. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata serangan itu tidak disengajakan.

    WCK berkata walaupun ia tidak mempunyai jaminan konkrit daripada Israel, ia akan terus menyokong perubahan, supaya pekerja NGO dilindungi dengan lebih baik. Ia juga menuntut siasatan antarabangsa yang tidak berat sebelah ke atas serangan itu. – Bernama

    Kanak-kanak Palestin beratur untuk menerima makanan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 19 April lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda