Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘World of Warcraft’ bakal kembali ke China

    BEIJING, 13 DIS – Syarikat permainan Amerika Syarikat, Blizzard Entertainment sedang berunding untuk mengembalikan judul popular ‘World of Warcraft’ ke China selepas perjanjian pelesenan tempatan sebelum ini menemui kegagalan, kata syarikat hari ini.

    Blizzard, operator beberapa judul paling terkenal permainan video, termasuk ‘Overwatch’ – berkata pada November ia akan menggantung beberapa perkhidmatannya di China mulai Januari.

    Pengeluar permainan itu gagal mencapai perjanjian dengan penerbit China, Netease berhubung pelanjutan perkongsian 14 tahun mereka – syarikat asing memerlukan lesen dengan firma tempatan untuk membolehkan mereka menjual permainan.

    Blizzard sedang mengadakan rundingan dengan ‘rakan kongsi berpotensi’ untuk mengembalikan semula ‘World of Warcraft’ ke China, kata Pengurus Besar Warcraft, John Hight dalam sepucuk surat yang disiarkan di laman media sosial rasmi syarikat China.

    Beliau berkata syarikat juga sedang mengusahakan fungsi dalaman yang membenarkan pengguna memantau perkembangan permainan mereka sehingga perkhidmatan disambung di China.

    Hight mengakui pemain di China ‘ingin mengetahui kerja-kerja yang kami lakukan untuk mengembalikan ‘World of Warcraft’ kepada semua orang selepas 23 Januari,’ tarikh yang dijangka luput tempoh dalam perjanjian dengan Netease. – AFP

    Gambar fail bertarikh 17 Januari 2022 menunjukkan kampus Blizzard Entertainment di Irvine, California. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda