Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wout Van Aert menyerlah dalam peringkat ke-5 Dauphine

    CHAINTRE, PERANCIS, 10 JUN – Pelumba Jumbo-Visma dari Belgium, Wout Van Aert membuat pecutan hingga ke barisan penamat untuk memenangi perlumbaan peringkat kelima kejohanan Criterium du Dauphine untuk mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan, kelmarin.

    Dia berjaya memenangi dua peringkat perlumbaan, empat hari selepas menjuarai acara pecut pembukaan di Beauchastel.

    Van Aert terpaksa berusaha keras untuk meraih kemenangan tersebut. Namun dia berjaya menewaskan pesaingannya, Jordi Meeus, mengejar sehingga ke barisan penamat peringkat perlumbaan sejauh 162.3km yang hampir menyaksikan penunggang tersebut merampas pendahuluan.

    Dengan hanya kurang satu kilometer untuk sampai ke barisan penamat, perlumbaan untuk memintas empat saingan terkuat yang terdiri daripada Sebatian Schoenberger dari Australia, Jan Bakelants dari Belgium dan dua penunggang dari Perancis, Fabien Doubey dan Benjamin Thomas.

    Keterujaan semasa penamat perlumbaan itu, Van Aert dengan jelas memecut melepasi kuartet pada 30km, membawa Meeus bersamanya, penunggang Ineos dari Britain, Ethan Hayter memecut untuk menamatkan perlumbaan bagi meraih podium.

    “Sehingga pada satu kilometer terakhir, saya menumpukan untuk membuat pecutan terbaik,” kata Van Aert, sambil memberi penghargaan kepada pasukannya.

    “Bernasib baik Christophe Laporte berjaya mara ke hadapan pada penghujung perlumbaan itu dan sebelum saya meminta rakan sepasukan untuk berusaha semampu yang mereka boleh.

    “Ia adalah sesuatu yang penting untuk menang sekali lagi di Dauphine. Hari ini, ia sangat sukar untuk mencari waktu untuk berehat. Saya perlukan kesemua ahli pasukan untuk dapat merapatkan jurang dan akhirnya berjaya. Saya berasa bangga dengan pasukan saya,” katanya lagi.

    Sementara itu, peringkat keenam adalah perlumbaan sejauh 196.5km di antara Rivers dan Gap, termasuk dua kategori di kawasan berbukit. – AFP

    Reaksi Wout Van Aert meraikan selepas sampai ke barisan penamat dan memenangi peringkat kelima tersebut di perlumbaan basikal Criterium du Dauphine. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda