Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wozniacki pamer aksi mantap

    SINGAPURA, 24 Okt – Caroline Wozniacki menghidupkan semula peluang untuk mempertahankan gelaran Final WTA dengan mempamerkan aksi menarik ketika menentang Petra Kvitova semalam sekali gus meletakkan kempen juara Wimbledon di Singapura berada dalam keadaan bahaya.

    Bangkit daripada kekalahan mengecewakan ketika menentang Karolina Pliskova, Wozniacki bangkit semula dengan menewaskan Petra 7-5, 3-6, 6-2 dalam tempoh dua jam 19 minit.

    Kvitova kini sudah mencatatkan dua kekalahan dalam kedua-dua perlawanannya tetapi dia masih bertahan dalam Kumpulan Putih selepas Elina Svitolina menewaskan Karolina Pliskova dalam tiga set permainan. Svitolina yang masih belum ditewaskan berada di posisi utama untuk layak ke separuh akhir, hanya memerlukan satu set kemenangan pada perlawanan akhir menentang Wozniacki, esok.

    Kvitova mengadunkan corak kekuatan dimilikinya dengan sentuhan menarik tetapi mudah dipatahkan dengan serangan balas Wozniacki.

    Pemain Denmark itu baru pulih daripada kecederaan, dengan menyaksikan dia memerlukan tampalan di lutut kiri pada awal set kedua sebelum menunjukkan semangat pada set ketiga untuk menewaskan Kvitova.

    “Ia adalah (di bahagian) patela, ia menyakitkan saya,” kata Caroline. “Ia sesuatu yang saya hadapi sebelum ini dan kadang-kala saya bergelut dengannya selama bertahun-tahun. (Tampalan) membantu saya hari ini.” Petra berkata, perlawanan panjang itu menjadikannya berada dalam keletihan. “Saya letih ketika ini, lebih letih berbanding selepas perlawanan pertama saya,” katanya.

    Sementara itu, Svitolina berkata dia hanya cuba untuk tetap fokus dan melakukan apa yang perlu dilakukan di gelanggang untuk membuat serangan ketika menentang Pliskova. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda