KOTA KINABALU, 9 Ogos – Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah (WRU) sentiasa bersedia membantu menyelamatkan hidupan liar yang terancam di negeri ini, termasuk akibat penerokaan hutan serta perdagangan haiwan secara haram.
Pegawai Veterinar Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan Dr. Diana A. Ramirez Saldivar berkata unit WRU itu beroperasi 24 jam sehari.
“Unit WRU boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja menerusi e-mel wildliferescueunit@Gmail.com atau di talian 088-765600,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – Bernama