MONTREAL, 12 APRIL – Kejohanan WTA Montreal, salah satu kejohanan sebelum Terbuka AS, telah ditunda kelmarin dan tidak akan berlangsung sehingga 2021, pegawai berkata.
Kejohanan, yang dijadualkan pada 7 hingga 16 Ogos, berdepan dengan kesukaran selepas wilayah Quebec meminta bahawa kesemua aktiviti sukan dan kebudayaan supaya dibatalkan sehingga 31 Ogos sebagai langkah untuk memperlahankan penularan koronavirus.
“Dengan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Quebec tidak membenarkan mengadakan kejohanan sehingga 31 Ogos, Piala Rogers di Montreal akan ditunda hingga 2021,” kenyataan dari WTA.
“WTA ingin menyatakan bahawa kesihatan dan keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami memahami ia adalah keputusan yang sukar dan kami memandang ke hadapan untuk membawa semula ke Montreal pada 2021.” Pengarah kejohanan Eugene, Lapierre berkata keputusan telah dibuat untuk mereka. “Dari awal krisis COVID-19 kami berharap situasi ini akan diselesaikan tepat pada masanya untuk menjadi tuan rumah kejohanan seperti yang dirancang dalam kalender.
“Dengan berat hati bahawa kami menerima berita ini, tetapi kami memahami ia adalah satu langkah yang perlu,” Lapierre berkata.
“Kami akan bekerja keras dalam bulan-bulan akan datang demi membuat kejohanan tahun hadapan satu sambutan yang hebat di mana kami akan menyambut sukan itu.
Ini adalah satu lagi cabaran sukar bagi musim tenis yang telah digantung sejak bulan lalu.
Terbuka Perancis telah ditunda dari slot tradisi Mei-Jun dan dipindah kepada September-Oktober, seminggu selepas Terbuka AS berakhir. – AFP