Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    WTO adakan mesyuarat di Abu Dhabi

    ABU DHABI, 26 FEB – Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah merasmikan mesyuarat menteri peringkat tinggi di Abu Dhabi hari ini dengan gesaan untuk mencapai kata sepakat ketika ketegangan geopolitik dan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) akan datang menjejaskan peluang kejayaan besar.

    Persidangan peringkat menteri ke-13 WTO (MC13), yang dijadualkan berlangsung sehingga Khamis di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu, adalah yang pertama dalam dua tahun.

    WTO mengharapkan kemajuan, terutamanya dalam bidang perikanan, pertanian dan perdagangan elektronik.

    Namun, perjanjian besar kemungkinan tidak akan tercapai memandangkan peraturan badan itu memerlukan persetujuan sepenuhnya dalam kalangan semua 164 negara anggota, satu tugas yang sukar dilakukan dalam keadaan sekarang.

    Menambah kepada cabaran bagi mereka yang berkumpul di UAE adalah perang di Gaza dan serangan berkaitan oleh pemberontak Yaman ke atas kapal di Laut Merah, satu kempen yang telah mengganggu perdagangan maritim global.

    Bercakap pada majlis perasmian mesyuarat Abu Dhabi, Ketua Pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala menyeru menteri perdagangan ‘untuk mencapai kata sepakat mengenai keputusan MC13’ minggu ini. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda