ABU DHABI, 27 FEB – Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) hari ini memaktubkan peraturan baharu yang memudahkan perdagangan dalam perkhidmatan antara lebih 70 negara anggota, kata pesuruhjaya perdagangan Kesatuan Eropah (EU), walaupun terdapat bantahan awal dari India dan Afrika Selatan.
Set peraturan akan menyelaraskan keperluan kebenaran dan memudahkan halangan prosedur yang dihadapi oleh perniagaan, menurut kenyataan akhbar.
Ia akan membantu mengurangkan kos perdagangan perkhidmatan global sebanyak lebih AS$119 bilion setiap tahun, tambahnya.
Penggabungannya ke dalam WTO bermakna kesemua 164 ahli telah bersetuju mengikut peraturan badan itu yang memerlukan persetujuan penuh. – AFP