WUHAN, China, 29 Sept – Jelena Ostapenko dari Latvia menundukkan Garbine Muguruza dari Sepanyol di pertandingan Terbuka Wuhan semalam, dengan mencatatkan kemenangan 1-6, 6-3, 6-2 ke atas pemain nombor satu dunia.
Ostapenko, satu-satunya pemain pilihan dalam pertandingan itu, sekarang akan bertemu menentang Ashleigh Barty dalam separuh akhir selepas pemain dari Australia itu menyingkirkan bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova.
Maria Sakkari dari Greece akan berdepan menentang Caroline Garcia dari Perancis dalam separuh akhir kedua, yang bermakna kesemua empat pemain berusia 23 tahun ke bawah.
Ostapenko, pemenang Roland Garros tahun ini, memenangi enam persaingannya yang lalu menentang Muguruzza, melakarkan kemenangan pertamanya ke atas pemain nombor satu dan melanjutkan lapan kemenangannya berturut–turut.

“Ia adalah kali pertama saya menewaskan pemain nombor satu dunia dan berharap bukanlah kali terakhir,” kata Ostapenko, pemain pilihan kelapan.
“Hari ini saya tidak mengalami tekanan kerana saya tahu saya menentang pemain yang hebat, jadi saya hanya mahu keluar sana dan cuba menunjukkan yang terbaik dan beraksi dengan baik.” – AFP