Wuhan tampil berwajah baharu

WUHAN, 9 APRIL – Bagaikan pelangi selepas hujan, bandar Wuhan di wilayah Hubei kini tampil berwajah baharu selepas pulih sepenuhnya daripada impak pandemik COVID-19.

Lebih setahun lalu, Wuhan yang berpopulasi lebih 10 juta menguatkuasakan perintah berkurung selama 76 hari untuk membendung penularan wabak. Seramai 40 ribu kakitangan perubatan dari seluruh negara dikerah ke bandar itu, sementara segenap lapisan masyarakat berjuang sehati sejiwa untuk membina benteng kukuh bagi melindungi nyawa rakyat.

Usaha gigih itu akhirnya membuahkan hasil dan Wuhan bangkit semula daripada episod suram, menyaksikan kegiatan pengeluaran dan kehidupan penduduk beransur pulih. Semasa cuti umum sempena Hari Qingming baru-baru ini, merekodkan purata 600 ketibaan dan pelepasan pesawat di Lapangan Terbang Tianhe Wuhan dengan lebih 70 ribu penumpang setiap hari.

Meskipun wilayah Hubei mengalami penurunan drastik Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2020, namun sepanjang tahun berjaya merekodkan pemulihan lebih 95 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pertumbuhan jumlah import dan eksport pula mencatatkan sebanyak 8.8 peratus. – Bernama

Pemandangan dari udara menunjukkan bangunan perumahan dan komersial Wuhan di tengah wilayah Hubei. – AFP