Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wujud budaya ‘MA’ di asrama berhubung kes Zara Qairina

    KOTA KINABALU, 12 SEPT – Seorang pengawal keselamatan mengesahkan wujudnya budaya dikenali sebagai ‘MA’, iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior, di asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.
     
    Saksi keenam prosiding inkues, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata beliau tidak menolak kemungkinan pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir, turut dipanggil menghadiri sesi berkenaan.
     
    Katanya, pada awalnya beliau tidak mengetahui makna istilah ‘MA’, namun kemudian memahami maksudnya selepas dijelaskan oleh pelajar asrama terbabit.
     
    Linah, ibu kepada empat anak, memberi keterangan berhubung perkara itu ketika disoal peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, pada hari ketujuh prosiding inkues.
     
    “Saya pun tidak faham mula-mula ‘MA’ ini apa, tanya budak-budak baru mereka terangkan. Selalunya, senior panggil junior, tujuannya untuk teguran dan nasihat, tidak hormat, limpas (lalu) pun tidak senyum, itulah macam dia orang bagi nasihat kepada adik-adik. Jangan begitu, jangan begini,” katanya sambil menambah, budaya itu telah dilarang dan diharamkan. – Bernama
     
    Kenderaan membawa Koroner Mahkamah Kota Kinabalu keluar dari kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Datu Mustapha Limauan Papar pada 11 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda