Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Wujud persekitaran industri tempatan yang mantap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Piawai Brunei Darussalam (PBD) 2:2022 (Edisi Ke-2) bertujuan untuk mewujudkan dan menyediakan persekitaran industri tempatan yang mantap, cekap dan mampan bagi memenuhi permintaan perkhidmatan dalam menyokong dasar industri pembinaan di Negara Brunei Darussalam ke arah pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan bagi industri pembinaan.

    Penekanan itu dibuat oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) di Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad selaku wakil Pengerusi Komiti Standard Dalam Pembinaan, dalam ucapan alu-aluannya pada Program Pemberigaan bagi PBD 2:2022 – Specification of Welded Steel Fabric for the Reinforcement of Concrete, yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan, kelmarin.

    Beliau seterusnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Kerja Besi dan Keluli di bawah Komiti Teknikal Bahan Binaan atas usaha bersepadu dan ketekunan mereka dalam membangunkan piawaian berkenaan.

    Program pemberigaan yang dikendalikan oleh Pusat Standard Kebangsaan (PSK) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerja-sama ABCi, Kementerian Pembangunan itu turut dihadiri oleh Ketua ABCi, Hajah Haslinawati binti Haji Abdul Halim dan Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat 1, PSK, Hajah Sharni Azne binti Haji Mohd Said.

    Seramai 61 orang peserta daripada pihak-pihak yang berkepentingan dari sektor kerajaan, swasta, institusi-institusi pendidikan tinggi, syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor serta daripada konsultan profesional telah menyertai program pemberigaan berkenaan.

    Program Pemberigaan bagi PBD 2:2022 – Specification of Welded Steel Fabric for the Reinforcement of Concrete, yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, ABCi, Kementerian Pembangunan. -Gambar serahan MOFE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -