Oleh Syahmi Hassan – BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Pemasaran makanan memainkan peranan penting dalam corak pemakanan kanak-kanak seharian kerana ia mempengaruhi pilihan, permintaan, pembelian dan corak penggunaan makanan dalam kalangan mereka. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pemasaran makanan yang tidak berhemah akan menyumbang kepada obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu,

