Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wujud platform Forum Halal M’sia-Indonesia

    JAKARTA, 4 OGOS – Halal Development Corporation Bhd (HDC) mencadangkan supaya Forum Halal Malaysia-Indonesia diwujudkan sebagai platform pertukaran maklumat mengenai pembangunan industri halal di kedua-dua negara.

    Selain membincangkan isu, cabaran dan peluang dalam industri halal, forum itu turut bertujuan mengukuhkan ekosistem industri halal di Malaysia dan Indonesia.

    Perkara ini dinyatakan semasa mesyuarat antara Ketua Pegawai Pembangunan Industri HDC, Hanisofian Alias dan Pengarah Industri Produk Halal, Komite Nasional Ekonomi dan Keuangan Syariah (KNEKS) Indonesia, Afdhal Aliasar di sini. KNEKS dalam satu kenyataan berkata, antara perkara lain yang boleh dibincangkan termasuk peraturan, infrastruktur, sumber manusia, kerjasama perdagangan antara negara serantau, potensi perindustrian dan aspek sokongan lain.

    Afdhal yang menyokong penganjuran forum itu berkata, industri halal perlu diterapkan dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara memandang-kan banyak negara di dunia semakin memanfaatkannya sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu.

    Dalam mesyuarat pada 27 Julai, HDC dan KNEKS berkongsi pandangan yang sama mengenai bagaimana untuk menggalakkan sokongan sektor kewangan syariah terhadap sektor industri halal sebagai isu strategik dalam pembangunan ekonomi syariah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda