Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wujudkan ekosistem mapan sokong keusahawanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) dan Bank Baiduri telah menganjurkan Power Lunch Series on Trading Beyond Borders di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Baiduri kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri hari ini, siri ketiga itu memaparkan perbincangan mengenai Trading Beyond Borders: Planting the Seeds yang mengumpulkan lebih 40 pemimpin industri, usahawan muda daripada pelbagai sektor dan wakil daripada agensi kerajaan untuk membincang peluang perniagaan di luar negara, serta isu dan cabaran untuk menggalakkan perniagaan Brunei menjalankan perniagaan rentas sempadan.

    Difasilitasikan oleh Pengarah Urusan Confer Sdn Bhd, Allen Lai, ahli-ahli panel yang berkongsi pengalaman dalam menjalankan perniagaan rentas sempadan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Memori, Yang Berhormat Queenie Chong; Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim International Corporation, Dr Nur Rahman; Pengasas Bersama dan Pengarah Digital Innovation & Growth, Dayang Aimi Ramlee dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Pelabuhan Muara, Awang Fazilah Yassin.

    Ketua Perbankan Perniagaan Bank Baiduri, Awang Mohd Isa Liew Mohd Amin Liew berkata, “Saya percaya terdapatnya potensi besar dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) dan harus digunakan untuk mendorong pertumbuhan. Sementara kita telah mencatat kemajuan besar dalam membangunkan pasaran domestik, kita mesti menumpu pada perniagaan antarabangsa. Menjalankan perniagaan di luar negara menawarkan peluang besar untuk PMKS, membuka pasaran baharu, menarik pelaburan asing dan mempromosi kemapanan ekonomi.

    “Sebagai sebahagian daripada sokongan Baiduri kepada PMKS, kami berhasrat mewujudkan ekosistem yang menyokong keusahawanan dan membolehkan perniagaan berkembang. Kami tetap komited untuk menjalin pertumbuhan dan pembangunan perniagaan tempatan sebagai sebahagian daripada nilai kami. Kami percaya memperkasa PMKS merupakan kunci kepada pencapaian potensi penuh ekonomi kita. Dengan menawarkan alat penting dan peluang kepada mereka, kami boleh mewujudkan ekosistem perniagaan yang mampan,” katanya.

    Sementara itu, Presiden YEAB, Dayang Fatin Arifin berkata bahawa usahawan mesti menyedari cabaran yang dihadapi oleh perniagaan. Menerusi sesi perkongsian ini membolehkan lebih banyak perniagaan menyertai gesaan untuk menjalankan perniagaan secara global.

    Awang Mohd Isa Liew bergambar ramai bersama tetamu dan peserta seminar keusahawanan yang diadakan di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Baiduri, kelmarin. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda