Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Wujudkan komuniti taman membaca

    Saya berasa tertarik dengan rencana di Media Permata bertajuk Budaya Santai Membaca di Taman.

    Laporan tersebut menceritakan bahawa bagaimana satu komuniti yang membaca buku di sebuah taman dapat diwujudkan daripada kumpulan kecil sehingga kini sudah sehingga 100 ahli.

    Turut dimuatkan adalah gambar ahli komuniti sedang membaca buku dengan santai di atas tikar yang dibentang. Aktiviti membaca selama dua jam pada waktu pagi di taman tersebut diakhiri dengan mengumpulkan buku-buku yang dibaca untuk diambil gambar.

    Saya berpendapat acara begini agak menarik untuk diamalkan di negara kita.

    Memandangkan ramai dalam kalangan kita lebih berkepit dengan gajet-gajet digital pada kebanyakan masa, apakah salahnya sekiranya meluangkan masa dengan membaca buku di taman dengan ahli-ahli komuniti sebagai aktiviti rekreasi hujung minggu.

    Selain itu, aktiviti begini boleh juga diselitkan dalam aktiviti rekreasi bersama keluarga atau bersosial dengan kawan-kawan selain daripada aktiviti berjoging atau bersantai menikmati udara segar di taman.

    Lebih bagus jika ada pihak-pihak berkaitan seperti perpustakaan bergerak, kedai-kedai buku ataupun komuniti peminat buku atau ahli kelab buku yang turut hadir menganjurkan kempen membaca di taman.

    Boleh juga diwujudkan pondok-pondok kecil yang menawarkan perkhidmatan buku yang boleh dipinjam atau disewakan selama satu jam contohnya.

    Dengan kewujudan media sosial pada masa kini, sudah pasti aktiviti yang bermula secara kecil-kecilan dapat dikembangkan menjadi satu komuniti dengan cepat seperti diceritakan dalam laporan tersebut.

    Pencinta Buku

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Teroka peluang kerjasama dalam bidang onkologi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV - Pusat Kanser Brunei...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...