Wednesday, April 2, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wulan Guritno mahu tambah anak lagi

    Pelakon Indonesia, Wulan Guritno meluahkan hasrat menimang cahaya mata sebelum usinya mencecah 45 tahun.

    Sedar usia tidak memihak kepadanya, Wulan, 43, sudah pun melakukan prosedur membekukan telur sebagai salah satu usaha merealisasikan impiannya itu.

    “Disebabkan saya mahu menimang cahaya mata lagi sebelum umur 45 tahun, jadi saya mempunyai tempoh dua tahun lagi.

    “Saya sudah melakukan pembekuan telur walaupun saya sudah mempunyai tiga orang anak.

    “Jadi sekiranya bertemu jodoh lagi, saya memang mahu menimang cahaya mata,” katanya memetik laporan mStar.

    Wulan berkongsi perkara itu ketika muncul dalam sesi podcast bersama Denny Sumargo yang disiarkan menerusi YouTube.

    Dalam pada itu, Wulan memberitahu dia tidak kisah tentang jantina cahaya matanya itu tetapi berharap dikurniakan anak lelaki.

    Bagi pelakon filem Trinil: Kembalikan Tubuhku ini, sama ada lelaki atau perempuan, cahaya mata adalah Allah SWT.

    “Saya teringin nak anak lelaki, tetapi kalau dapat anak perempuan pun tak mengapalah,” ujarnya.

    Untuk rekod, Wulan mendirikan rumah tangga dengan Attila Syach pada 1998 namun bercerai pada 2002. – Agensi

    Wulan sudah melakukan prosedur pembekuan sel telur. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda