Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wuling Confero S sesuai untuk keluarga

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Premier Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Wuling di Brunei, hari ini, telah memperkenalkan model terbaharu jenama China itu iaitu Wuling Confero S 1.5L di bilik pamerannya, di Perindustrian Beribi II.

    Penampilan Wuling Confero S mungkin nampak seperti biasa sahaja, namun ia memiliki beberapa ciri menarik terutama kemasan krom di bahagian bampar dan gril.

    Ia juga dilengkapi dengan rel bumbung yang sangat berguna untuk menyimpan atau mengikat muatan dan barang-barang ketika perjalanan jauh.

    MPV berkenaan dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter Enjin DOHC DVVT empat silinder dengan kemampuan 107hp dan 142Nm tork antara 3,800 hingga 4,400rpm.

    Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan beg udara, pengedar brek elektronik dan banyak lagi.

    Pelancaran MPV bajet itu bertujuan untuk memenuhi permintaan keluarga dan dalam bahasa Latin, Confero bermaksud ‘membawa bersama’ dan dianggap bersesuaian untuk sebuah MPV keluarga. 

    Menurut Pengurus Jualan Premier Motors Sdn Bhd, Edwin Chai, pelancaran itu menunjukkan komitmen syarikat untuk menyediakan kualiti terbaik dan mampu milik yang boleh memenuhi keperluan pelanggan.

    “Kami juga percaya Confero akan mendapat sambutan daripada kalangan keluarga dan tidak ketinggalan juga daripada ahli perniagaan di negara ini, seperti mana sambutannya yang baik di China dan Indonesia,” tambahnya.

    Penampilan luaran Wuling Confero S yang dipamerkan di Bilik Pameran Premier Motors Sdn Bhd. Kereta tersebut sesuai untuk sebuah MPV keluarga. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Bahagian ruangan dalaman Wuling Confero S. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda