Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wusyu sumbang dua emas

    UBON RATCHATHANI, THAILAND, 4 OGOS – Kem wusyu yang kian suram memasuki hari kedua saingan sukan itu berlangsung di Sukan Universiti ASEAN (AUG) kembali ceria selepas berjaya meraih dua pingat emas hari ini.

    Pingat emas itu diraih dalam acara gunshu individu lelaki menerusi Tan Cheong Wan serta acara jianshu individu wanita menerusi Tammy Tan Hui Ling.

    Dalam aksi berlangsung di Menara Sunee di sini, Cheong Wan memastikan emas pertama kem wusyu menerusi persembahan bertenaga apabila mengumpul 9.65 mata.

    Peserta Singapura, Ong Zi Meng (9.63 mata) terpaksa akur dengan pingat perak dan peserta Indonesia, Seraf Naro Siregar (9.60 mata) membawa pulang gangsa.

    Bagi aksi jianshu, Tammy bagaimanapun terlebih dahulu diberikan saingan sengit peserta negara lain sebelum berjaya mengekalkan aksi penuh berdisiplin bagi memikat hati juri.

    Tammy mengutip 9.67 mata untuk mengungguli emas manakala perak menjadi milik wakil Indonesia Nandhira Mauriskha (9.65 mata) dan gangsa dikongsi peserta negara Loh Ying Ting serta peserta Singapura Le Yin Shuen yang berkongsi 9.63 mata.

    Sementara itu, pengurus pasukan Sharel Rizel Dzahari berkata setakat ini, kem wusyu negara sudah membawa pulang dua emas sekali gus menghampiri sasaran tiga pingat ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda