Thursday, February 13, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wydad juara selepas 25 tahun

    JOHANNESBURG, 5 Nov – Wydad Casablanca dari Maghribi menjadi juara Afrika buat kali kedua apabila mereka menewaskan Al Ahly dari Mesir dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan kedua di final Liga Juara-Juara CAF.

    Walid El Karty menanduk masuk satu-satunya gol pada minit ke-69 bagi memberikan pasukan tuan rumah kemenangan agregat 2-1 selepas mereka seri 1-1 di bandar Mesir, Alexandria hujung minggu lepas.

    Achraf Bencharki, yang menyamakan kedudukan dalam perlawanan pertama, menjadi arkitek dalam gol kemenangan itu selepas hantaran lintangnya yang terbias menemui El Karty untuk gol ke ketiganya dalam kejohanan itu.

    Para pemain Wydad meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Al Ahli dari Mesir dalam perlawanan kedua final Liga Juara-Juara CAF di Casablanca, Maghribi. – AP

    Kemenangan menemukan jurang 25 tahun bagi Wydad, yang menjulang trofi Afrika itu buat pertama kali pada tahun 1992 apabila mereka menewaskan Al Hilal dari Sudan dalam Piala Juara-Juara Kelab Afrika.

    Nama bagi kejohanan kelab Afrika itu ditukar menjadi Liga Juara-Juara CAF pada tahun 1997 apabila satu format baru dan hadiah tunai diperkenalkan.

    Wydad akan membawa pulan AS$2.5 juta dan jaminan AS$1 juta lag kerana bersaing dalam Piala Dunia Kelab FIFA di Emiriah Arab Bersatu pada bulan Disember. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda