Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    X alami gangguan global, ribuan pengguna terjejas

    ISTANBUL, 19 NOV – Platform media sosial X dilaporkan mengalami gangguan kelmarin yang menjejaskan ribuan penggunanya di seluruh dunia, menurut laman pengesan gangguan Downdetector.com.

    Data menunjukkan pengguna X milik Elon Musk, berdepan masalah dengan platform itu antara 7:18 malam hingga 8:18 malam waktu Malaysia, lapor agensi Anadolu.

    Gangguan itu berlaku susulan isu teknikal di Cloudflare.

    Sehingga kini, lebih 1,000 aduan telah dilaporkan oleh pengguna.

    Setakat ini, syarikat berkenaan belum mengeluarkan sebarang maklum balas atau kenyataan. – Bernama

    Gangguan itu berlaku susulan isu teknikal di Cloudflare. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda