Wednesday, March 12, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    X diserang secara besar-besaran – Elon Musk

    WASHINGTON, 11 MAC – Platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter mengalami gangguan di seluruh dunia kelmarin, akibat serangan siber dan pemiliknya, jutawan teknologi Elon Musk mendakwa ia sebagai serangan berskala besar, lapor Anadolu Ajansi (AA). 

    “Terdapat (dan masih berlaku) serangan siber besar-besaran terhadap X.

    “Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar. Sama ada kumpulan terancang berskala besar atau ada negara terlibat. Masih dalam proses pengesanan,” kata Musk dalam satu hantaran di platform itu.  

    Gangguan mula dilaporkan sekitar jam 5.30 pagi waktu Timur dengan X berjaya memulihkan perkhidmatannya untuk kebanyakan pengguna dalam masa sejam.

    Namun, gangguan kembali meningkat kira-kira tiga jam kemudian, menurut laman pengesan gangguan DownDetector. 

    X terus dilanda pelbagai masalah, termasuk halaman yang gagal dimuat. Punca serangan siber tersebut masih belum diketahui. – Bernama/Anadolu 

    Elon Musk sahkan X alami gangguan besar-besaran. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda