LEVERKUSEN, 4 OGOS – Xabi Alonso melanjutkan kontraknya sebagai jurulatih kelab Jerman, Bayer Leverkusen sehingga 2026 hari ini selepas musim pertama yang baik telah menimbulkan spekulasi mengaitkannya dengan beberapa pasukan teratas Eropah.
Alonso, yang memenangi Liga Juara-juara sebagai pemain bersama Liverpool dan Real Madrid serta Piala Dunia bersama Sepanyol, mengambil alih Leverkusen pada Oktober ketika pasukan tersebut menduduki tangga kedua terakhir dalam Bundesliga. Pasukan itu menamatkan musim di tempat keenam dan mara ke separuh akhir Liga Europa.
“Saya melihat musim lalu sebagai sesuatu yang positif. Tetapi saya mahukan lebih, sama seperti kelab,” kata Alonso. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P22-3A-web-AP_05082023.jpg)