Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xavi perlu bertindak cegah Barca terus jatuh

    BARCELONA, 18 OKT – Satu minggu yang menginsafkan buat Barcelona dan jurulatih, Xavi Hernandez yang harus mengambil tindakan untuk menghalang skuadnya daripada terus merudum.

    Pasukan Catalan yang seri menentang Inter Milan itu menyebabkan mereka berada di ambang penyingkiran dalam Liga Juara-Juara. Seterusnya, derita mereka bertambah susulan kekalahan 3-1 kepada seteru Real Madrid dalam aksi Clasico dalam La Liga baru-baru ini.

    Pasukan Los Blancos melonjak tiga mata dihadapan Barcelona dalam carta dan cabaran untuk Xavi sekarang ialah untuk meningkatkan semangat dan moral pasukan supaya terus berusaha merebut gelaran, serta tidak membenarkan mereka jatuh lagi.

    Kalah kepada Madrid adalah satu perkara yang tidak bagus untuk keyakinan pasukan Barcelona. Namun jika dilihat secara kasar, ia adalah perkara yang jarang-jarang berlaku dalam musim yang panjang.

    Skuad kendalian Unai Emery tahu yang mereka boleh gunakan kesusahan Barcelona sebagai kelebihan untuk mendapatkan kemenangan, seperti yang mereka telah lakukan pada musim lepas dalam Liga Eropah.

    Dengan situasi ekonomi yang membimbangkan, kedudukan pasukan yang hampir-hampir tersingkir daripada Liga Juara-Juara, serta isu-isu lain, kekalahan pada hari Ahad lalu bermakna Xavi adalah pemegang rekod terburuk bagi mana-mana jurulatih Barcelona dalam sejarah selepas 50 perlawanan.

    “Kami perlu mengubah dinamik pasukan, musim ini sangat panjang,” kata Xavi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda