Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xhaka bantu Sunderland ikat Everton

    SUNDERLAND, 4 NOV – Sunderland melonjak ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas jaringan Granit Xhaka yang melantun dari pemain pasukan lawan telah mengikat keputusan 1-1 pada perlawanan yang berlangsung di tempat sendiri menentang Everton, kelmarin.

    The Black Cats mampu naik ke tangga kedua jika menang, tetapi mereka ketinggalan pada separuh masa pertama hasil jaringan Iliman Ndiaye.

    Everton pastinya kecewa kerana gagal memanfaatkan dominasi pada separuh masa pertama selepas Thierno Barry terlepas peluang dan rembatan Jack Grealish terkena tiang gol.

    Sunderland mengambil masa kurang seminit pada separuh masa kedua untuk bangkit kembali apabila jaringan Xhaka terkena James Tarkowski lalu menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford, yang kembali ke Stadium of Light.

    Pasukan tuan rumah hampir mengutip tiga mata tetapi Wilson Isidor mensia-siakan peluang terbaik Sunderland untuk meraih kemenangan.

    Aksi Ndiaye (Kiri) dan Reinildo Mandava bersaing untuk mendapatkan bola semasa perlawanan bola sepak di Stadium of Light di Sunderland pada 3 November. – AFP
    Sunderland melonjak ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas terikat dengan Everton. – AFP

    “Pada 25 minit pertama tidak cukup baik,” kata Xhaka kepada Sky Sports. “Pada babak ini, kami ketinggalan gol tetapi separuh masa kedua adalah sangat baik,” tambahnya.

    Sunderland memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk mengekalkan rekod tanpa kalah tempat sendiri dan permulaan mengagumkan untuk kempen liga utama sejak lapan musim.

    Everton mendahului lima mata daripada tiga kedudukan paling bawah iaitu di tempat ke-14, tetapi ketiadaan pemain nombor sembilan yang prolifik sekali lagi menyebabkan mereka terlepas untuk meraih kemenangan.

    “Selama 20 hingga 30 minit saya fikir saya akan kecewa pulang dengan satu mata. Menjelang akhir perlawanan, saya gembira kami memperoleh satu mata,” kata Pengurus Everton, David Moyes. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda