Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xhaka disisihkan tiga bulan

    LONDON, 29 SEPT – Arsenal berkata hari ini bahawa pemain tengah, Granit Xhaka disisihkan selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan lutut semasa pertemuan menentang Tottenham hujung minggu lalu.

    Xhaka mengalami kecederaan ketika terlanggar dengan Lucas Moura selepas penyerang Tottenham itu dikasari oleh Thomas Partey.

    Pemain kebangsaan Switzerland itu mungkin terlepas keseluruhan musim 2021 selepas pakar membuat pemeriksaan.

    “Berikutan kecederaan pada bahagian lutut kanan yang dialami semasa perlawanan menentang Totteham Hotspur pada Ahad, penilaian dan imbasan mengesahkan bahawa Granit Xhaka mengalami kecederaan serius,” kenyataan yang dikeluarkan Arsenal hari ini.

    “Konsultasi pakar dijalankan di London kelmarin dan mengesahkan bahawa Granit tidak memerlukan sebarang pembedahan.

    “Program pemilihan dan rehabilitasi Granit akan bermula dengan segera dan kami menyasarkan dia akan kembali beraksi kira-kira tiga bulan.

    “Semua orang di dalam kelab kini akan menyokong dan berusaha keras bersama Granit untuk dia kembali bermain secepat mungkin.”

    Xhaka baru-baru ini sembuh setelah positif dijangkiti koronavirus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda