Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xi adakan lawatan ke Vietnam minggu depan

    BEIJING, 7 DIS – Presiden China, Xi Jinping, akan melawat ke Vietnam minggu depan untuk mendorong hubungan yang lebih kukuh antara negara jiran Sosialis, kata Kementerian Luar China hari ini.

    Lawatan rasmi Xi akan diadakan pada hari Selasa dan Rabu hadapan, menurut jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying, dalam satu kenyataan.

    Presiden China itu dijemput oleh pemimpin tertinggi Vietnam, Nguyen Phu Trong dan Vo Van Thuong, tambahnya.

    Xi akan bertemu dengan pemimpin tertinggi Vietnam dan ‘membincangkan isu yang membawa hubungan China-Vietnam ke tahap yang lebih tinggi,’ kata Beijing.

    “Kami akan berusaha untuk memperdalam dan mengukuhkan kerjasama strategik komprehensif di antara kedua-dua buah negara,” kata jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin.

    “Dunia kini berada dalam satu tempoh kepincangan dan perubahan baru, dengan ketidakstabilan dan ketidakpastian yang semakin meningkat,” tambahnya.

    “Memperkukuhkan perpaduan dan persahabatan serta memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan merupakan kepentingan bersama kedua-dua belah pihak.”

    Mereka akan memberi tumpuan kepada ‘politik, keselamatan, kerjasama praktikal, pembentukan pendapat awam, isu-isu multilateral, dan isu-isu maritim,’ kata Wang Wenbin.

    Vietnam, yang terlibat dalam peperangan dengan China antara tahun 1979 dan 1988, sangat berhati-hati terhadap jirannya yang besar di utara, dan merupakan salah satu daripada beberapa buah negara yang mempunyai tuntutan ke atas kebanyakan pulau kecil yang terdapat di Laut China Selatan. – AFP

    Perdana Menteri China, Xi Jinping, duduk bersama pemimpin dunia semasa Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di San Francisco pada 16 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda