Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xi anugerah pingat kepada ‘wira’ dan ‘rakan lama’

    BEIJING, 29 SEPT – Presiden China Xi Jinping menganugerahkan pingat dan gelaran kehormat kepada beberapa ‘wira-wira tempatan dan antarabangsa hari ini, termasuk bekas perdana menteri Perancis dan pendidik Kanada berumur kira-kira 100 tahun.

    Majlis penganugerahan itu adalah sebahagian daripada sambutan meraikan 70 tahun pemerintah Komunis China yang akan berlangsung pada Selasa dengan perarakan tentera besar-besaran di Beijing yang bertujuan untuk mempamerkan kemunculan negara itu sebagai kuasa besar global.

    “Wira-wira dan tokoh-tokoh contoh itu semuanya didedikasikan kepada perjuangan Parti dan rakyat…dan bekerja keras bagi kebahagiaan rakyat China,” kata Xi dalam ucapan sebelum penyerahan anugerah.

    Isabel Crook, seorang ahli antropologi Kanada dan pendidik yang lahir pada 1915 adalah penerima anugerah semasa yang telah tinggal di China sejak sebelumnya penubuhan Republik Rakyat China pada 1949, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

    Lahir di bandar barat daya Chengdu, warga emas itu memberi ‘sumbangan cemerlang dalam pendidikan China dan pertukaran persahabatan bersama negara-negara asing,” lapor Xinhua.

    Bekas perdana menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin, seorang ‘rakan lama rakyat China’ telah diiktiraf bagi ‘komitmen jangka panjang mempromosi persahabatan China-Perancis’, kata Xinhua.

    Penerima anugerah antarabangsa lain termasuk bekas presiden Cuba, Raul Castro dan puteri Thailand, Maha Chakri Sirindhorn. – AFP

    Isabel Crook (kiri) menerima anugerah daripada Presiden China, Xi Jinping pada satu majlis di Great Hall of People di Beijing pada 29 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda