Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Xi gesa pembangunan seimbang bandar, luar bandar

    XI’AN, 18 MEI – Presiden China, Xi Jinping, mahu provinsi Shaanxi yang terletak di barat laut China, terus bersemangat melakar pencapaian dalam landskap pembangunan kebangsaan dan giat memainkan peranan ikonik dalam pembinaan modenisasi ala China untuk kawasan barat negara ini.

    Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), berkata demikian selepas mendengar laporan kerja yang dibentangkan jawatankuasa PKC di Shaanxi dan kerajaan provinsi menjelang Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang bakal berlangsung di bandar Xi’an, ibu kota provinsi Shaanxi.

    Dalam ucapan beliau, Xi menggalakkan provinsi Shaanxi berusaha memperjuangkan matlamat baharu dalam merancakkan inovasi sains dan teknologi serta membentuk sistem industri moden.

    “Usaha diperlukan untuk membina Pusat Sains Negara Xi’an yang komprehensif dan Pusat Inovasi Sains dan Teknologi, berserta pusat penyelidikan saintifik, kebudayaan dan pendidikan, pangkalan industri berteknologi tinggi dan industri pembuatan di peringkat kebangsaan,” kata Xi semalam.

    Xi juga menekankan peri pentingnya untuk mendorong pembangunan seimbang antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.

    “Kita harus mendorong pembinaan urbanisasi model baharu melalui pembangunan kota dan pekan kecil dengan memanfaatkan sumber asli tempatan dan membangunkan industri bercirikan tempatan,” katanya. – Bernama

    Presiden Xi Jinping (tengah) mendengar kata-kata Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev semasa mesyuarat dua hala Sidang Kemuncak China-Asia Tengah di Xi’an, wilayah Shaanxi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -