Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Xi hadiri mesyuarat SCO di Kazakhstan

    BEIJING, 2 JULAI – Presiden China, Xi Jinping, tiba di Kazakhstan hari ini untuk lawatan rasmi, di mana beliau akan menghadiri Majlis Mesyuarat Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 di ibu negara Kazakhstan, Astana.

    Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), yang mempunyai sembilan anggota, merangkumi rantau yang luas dari Moscow hingga Beijing dan melibatkan hampir separuh daripada penduduk dunia.

    Anggota tetap SCO termasuk tuan rumah tahun ini, Kazakhstan, India, China, Kyrgyzstan, Pakistan, Rusia, Tajikistan, Uzbekistan dan mulai tahun lalu, Iran.

    Belarus dijangka menyertai SCO tahun ini selepas diberitahu pada sidang kemuncak SCO 2023, yang dihoskan secara maya oleh India, bahawa ia akan menjadi ahli.

    “Presiden China, Xi Jinping tiba di sini hari ini untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Ketua-ketua Negara SCO ke-24 dan lawatan rasmi ke Kazakhstan,” lapor agensi berita Xinhua dari Astana.

    Penyiar rasmi China, CCTV, melaporkan bahawa pesawat Xi diiringi oleh dua jet pejuang Kazakhstan ketika memasuki ruang udara negara itu.

    Menurut kenyataan Xinhua, rombongan Xi termasuk seorang ahli berpangkat tinggi dalam Parti Komunis China, Cai Qi dan Menteri Luar China, Wang Yi. – AFP

    Presiden Kazakhstan, Presiden Kassym-Jomart Tokayev, berjabat tangan dengan Xi (kanan) selepas tiba di lapangan terbang di Astana, Kazakhstan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...