Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xi harap perkembangan holistik kanak-kanak di China

    BEIJING, 1 JUN – Presiden Xi Jinping menggalakkan kanak-kanak di China mempunyai visi, bercita-cita tinggi, tekun belajar, gigih berusaha, sentiasa bersyukur, serta berani berinovasi.

    Harapan itu disuarakan beliau semasa melawat Sekolah Yuying Beijing pada Rabu menjelang Hari Kanak-kanak Antarabangsa yang disambut setiap 1 Jun. Xi berkata kanak-kanak adalah masa depan nusa serta harapan bangsa, oleh itu perlunya memastikan perkembangan holistik golongan ini dari segi moral, intelektual, fizikal, deria estetik dan kemahiran kerja.

    Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pelajar di gelanggang bola keranjang, sambil berkongsikan mengenai pentingnya perkembangan fizikal diterapkan kepada semua pelajar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda