Tuesday, December 3, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xi ikrar majukan Shenzen sebagai pusat teknologi

    BEIJING, 16 OKT – Presiden Xi Jinping kelmarin berikrar untuk melaksanakan langkah baharu bagi menyokong pembangunan pusat teknologi terbesar di China, Shenzhen, di tengah pergelutan dengan Washington yang telah menyekat akses kepada teknologi Amerika Syarikat dan mengekang China untuk merealisasikan cita-citanya menjadi negara penyedia perkhidmatan.

    Xi membuat pernyataan tersebut dalam ucapannya sempena memperingati ulang tahun ke-40 bekas perkampungan nelayan berdekatan dengan Hong Kong yang diisytiharkan sebagai kawasan pertama bagi parti pemerintah untuk menjalankan perniagaan secara bebas.

    Dia juga berikrar untuk melonggarkan beberapa peraturan untuk memperkembangkan industri baharu itu, di mana dia menyeru kepada pembangunan semula China secara besar-besaran dan mengoptimumkan serta meningkatkan produksi, dalam usahanya untuk menjadi pesaing global dalam bidang telekomunikasi dan bio-teknologi hingga kereta elektrik dan tenaga boleh diperbaharui.

    Syarikat-syarikat di Shenzhen termasuk Huawei, pembuat telefon pintar dan peralatan rangkaian telekomunikasi, memainkan peranan penting dalam rancangan parti untuk mengubah China menjadi peneraju telekomunikasi, kereta elektrik dan bidang lain yang menguntungkan.

    Pimpinan parti mengemukakan semula penilaian lebih dari 60 perubahan dasar atau garis panduan baharu, kata Xi dalam ucapannya di Shenzhen.

    Dia tidak memberikan perincian secara lebih lanjut tetapi mengatakan Shenzhen akan memiliki lebih banyak autonomi dalam beberapa bidang yang penting. – AP

    Gambar pada 14 Oktober menunjukkan Xi Jinping ketika meninjau kawasan Shenzen semasa lawatannya sempena ulang tahun ke-40 bekas perkampungan nelayan berdekatan Hong Kong yang diisytiharkan sebagai kawasan pertama bagi parti pemerintah untuk menjalankan perniagaan secara bebas. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda