Wednesday, April 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xi Jinping mula lawatan rasmi ke Vietnam

    HANOI, 14 APRIL – Pemimpin China, Xi Jinping memberi amaran bahawa dasar perlindungan perdagangan ‘tidak membawa sebarang manfaat’ dan perang perdagangan tidak akan menghasilkan ‘pemenang’, lapor media rasmi China, ketika beliau tiba di Vietnam hari ini, bagi memulakan lawatan ke Asia Tenggara.

    Xi dijadualkan melawat Vietnam, Malaysia dan Kemboja dalam lawatan luar negara pertamanya bagi tahun ini, ketika Beijing berusaha memperkukuhkan hubungan perdagangan serantau dan mengurangkan kesan tarif besar-besaran yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

    Sekumpulan rombongan berdiri di luar lapangan terbang ibu negara Vietnam sambil melambaikan bendera China ketika Xi tiba di Hanoi untuk memulakan lawatan yang menurut Beijing mempunyai kepentingan besar untuk rantau yang lebih luas.

    Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi China, Xinhua, sejurus selepas ketibaannya, Xi menyatakan beliau menantikan pertukaran pandangan secara mendalam dengan para pemimpin Vietnam mengenai isu-isu berkaitan hubungan antara kedua-dua parti dan negara yang mempunyai kesan global.

    Terdahulu, Xi menyeru kedua-dua negara untuk mempertahankan sistem perdaga-ngan pelbagai hala, kestabilan rantaian industri dan bekalan global, serta persekitaran antarabangsa yang terbuka dan bersifat kerjasama. – AFP

    Presiden China, Xi Jinping (tengah kiri), berbual dengan Presiden Vietnam, Luong Cuong (tengah kanan), sebaik tiba untuk lawatan negara selama dua hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi, pada 14 April. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda