Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Xi Jinping, PM New Zealand: ‘Tiada konflik kepentingan’

    BEIJING, 20 JUN – Presiden China, Xi Jinping berkata hari ini, Beijing “tiada konflik kepentingan asas” dengan New Zealand, ketika beliau menyambut kedatangan Perdana Menteri, Christopher Luxon dalam lawatan rasmi.

    Lawatan Luxon berlangsung ketika wujud ketegangan antara New Zealand dan rakan rapatnya, Kepulauan Cook, berhubung hubungan negara Pasifik itu dengan China.

    Kepulauan Cook, yang mempunyai pentadbiran sendiri, mengekalkan perjanjian ‘perkaitan bebas’ dengan bekas penjajahnya, New Zealand, yang merangkumi bantuan belanjawan serta sokongan dalam hal ehwal luar dan pertahanan.

    Namun, hubungan itu terganggu pada Februari lalu apabila Kepulauan Cook menandatangani beberapa perjanjian strategik bersama China melibatkan perlombongan laut dalam, kerjasama serantau dan isu ekonomi.

    Xi memberitahu Luxon, hubungan dengan New Zealand “telah sekian lama berada di barisan hadapan dalam hubungan China dengan negara maju Barat”, menurut laporan Agensi Berita Xinhua.

    “Tiada sejarah pertikaian atau konflik kepentingan asas antara China dan New Zealand,” lapor agensi itu memetik kenyataan Xi.

    Tambah pemimpin China itu lagi, kedua-dua negara seharusnya “meneroka potensi kerjasama dalam bidang seperti inovasi sains dan teknologi, respons terhadap perubahan iklim dan pembangunan infrastruktur”.

    Beliau turut menggesa agar hubungan dalam pendidikan, budaya, belia, pertukaran antara rakyat dan komuniti tempatan diperkuatkan, bagi ‘memperkaya erti hubungan dua hala’.

    “Kita harus saling menghormati, mencari titik persamaan sambil mengetepikan perbezaan, serta menangani perbezaan dan pertikaian antara kedua-dua negara dengan cara yang tepat,” kata Xi. – AFP

    Christopher Luxon (kiri), berjabat tangan dengan Xi Jinping sebelum memulakan mesyuarat dua hala di Beijing, China pada 20 Jun. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...

    China pamer penerapan teknologi AI, tangani isu perubahan iklim

    BELEM, 21 NOV - Aktiviti Hari Pendigitalan ‘Pavilion China’...

    Lelaki menang pertandingan ‘berbaring’ atas tilam selama 33 jam

    HOHHOT, CHINA, 21 NOV - Seorang lelaki di China...

    Inovasi EV masa depan

    Oleh James Kon -  Bukan setiap hari awda berpeluang memandu...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...