BEIJING, 22 DIS – Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Pengerusi Parti Rusia Bersatu, Dmitry Medvedev, di sini, kelmarin.
Menurut Xi, Kongres Kebangsaan ke-20 PKC telah menetapkan misi utama untuk membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat secara komprehensif dan mewujudkan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China dengan modenisasi ala China.
“China berkeyakinan penuh untuk menjayakan perjalanan modenisasi ala China, di samping menyediakan lebih banyak peluang kepada kedamaian dan kemakmuran dunia,” ujar Xi.
Beliau berkata PKC dan Parti Rusia Bersatu mengadakan pertukaran institusional untuk jangka masa yang panjang.
“Ini menjadi saluran dan platform yang unik bagi mengukuhkan saling percaya politik, mendorong kerjasama sama menang dan memaparkan koordinasi strategik antara China dengan Rusia. – Bernama


