Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Xi: Kukuhkan kerjasama pulihara tanah lembap

    BEIJING, 7 NOV – Presiden China, Xi Jinping menyeru supaya usaha dilakukan untuk meningkatkan kesedaran, mengukuhkan kerjasama dan memperkasakan lagi tindakan pemuliharaan tanah lembap di seluruh dunia.

    Seruan itu dibuat beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat ke-14 Persidangan Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Ramsar mengenai Tanah Lembap (COP-14) menerusi pautan video, petang Sabtu.

    Bertemakan ‘Tindakan Tanah Lembap untuk Rakyat dan Alam’, mesyuarat itu diadakan serentak di Wuhan dan Geneva mulai 5 Nov dan berakhir pada 13 Nov. 

    Xi menyifatkan mesyuarat itu sebagai amat penting untuk meneroka pendekatan dalam memelihara serta membangunkan tanah lembap. 

    “Pentingnya konsensus global dibina dalam menghargai tanah lembap dan menghargai alam semula jadi.

    “Selain itu, gangguan dan kerosakan terhadap tanah lembap akibat aktiviti manusia harus diminimumkan serta keselamatan ekologi berkenaan perlu dipelihara demi kelestariannya buat generasi akan datang,” katanya. 

    Xi menambah, kesejahteraan rakyat perlu ditingkatkan secara global dengan mengoptimumkan peranan tanah lembap dalam menggalakkan pembangunan mampan, menangani perubahan iklim, melindungi biodiversiti dan membawa limpahan manfaat kepada seluruh dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...