BEIJING, 27 April – Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri India Narendra Modi akan berusaha untuk memulihkan hubungan yang tegang pada sidang kemuncak hari ini, berikutan pertikaian sempadan tahun lalu yang telah memburukkan hubungan kedua-dua negara itu.
Xi akan menerima kehadiran Modi bagi apa yang disifatkan sebagai ‘sidang kemuncak tidak rasmi’ di Wuhan, tengah bandar China pada hari ini dan esok.
Sementara pertikaian tahun lalu di Himalaya telah diselesaikan, negara-negara di dunia yang mempunyai penduduk paling ramai itu mempunyai sejarah panjang saling tidak mempercayai antara satu sama lain.
New Delhi turut membangkitkan kebimbangan mengenai inisiatif Laluan dan Jalur Beijing, program infrastruktur perdagangan global, termasuk projek besar menerusi Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan, wilayah bertikai yang didakwa oleh New Delhi sebagai pendudukan tidak sah.
Sidang kemuncak itu ‘adalah cubaan New Delhi dengan niat untuk mendekati Beijing mengetahui jika masalah lalu boleh dilupakan dan sekiranya hubungan kedua-dua negara itu boleh dipulihkan semula,” menurut profesor hubungan antarabangsa King’s College London, Harsh Pant kepada AFP. – AFP
