Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia

    BEIJING, 17 MEI – Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing kelmarin.

    Acara itu diserikan dengan kehadiran Presiden China Xi Jinping bersama rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin.

    Xi dalam ucapannya berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran, koordinasi strategik komprehensif dan kerjasama saling untung adalah selaras dengan kepentingan asas dua negara dan rakyat, serta aspirasi masyarakat antarabangsa dan arus perkembangan zaman.

    Beliau menyifatkan penganjuran tahun tematik di negara satu sama lain sebagai tradisi baik pertukaran sosiobudaya China-Rusia dan juga keistimewaan dalam sejarah perkembangan hubungan bilateral.

    Menurut beliau kedua-dua pihak bakal melancarkan siri program pertukaran budaya yang berwarna-warni bagi terus mencungkil potensi kerjasama budaya sesama negara.

    Usaha berkenaan dipercayai akan menyuntik momentum baharu untuk mewariskan persahabatan dari generasi ke generasi dan mengukuhkan persefahaman antara rakyat dua negara.

    Sementara itu, Putin berkata hubungan Rusia-China mengumpul banyak pengalaman yang bernilai sejak ikatan diplomatik dijalin 75 tahun lalu dan kini berada pada tempoh terbaik dalam sejarah.

    Katanya, hubungan Rusia-China yang berlandaskan saling menghormati, sama rata dan saling mempercayai telah memacu pembangunan dua negara dan membawa limpahan manfaat buat rakyat, sekali gus menjadi suri teladan kepada hubungan antarabangsa.

    Beliau turut menzahirkan kesediaan Rusia untuk memperdalam pertukaran sosiobudaya dengan China, meningkatkan pemahaman antara satu sama lain dan menggerakkan penaiktarafan kerjasama bilateral. – Bernama

    Vladimir Putin, (kiri) dan Presiden China Xi Jinping menghadiri konsert menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan hubungan diplomatik antara Rusia dan China dan pembukaan Tahun Budaya China-Rusia di Pusat Seni Persembahan Kebangsaan di Beijing, China, kelmarin. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...