BEIJING, 21 Jun – Presiden China Xi Jinping menerima mandat yang dikemukakan oleh duta baharu dari 13 negara ke China di Dewan Besar Rakyat di Beijing kelmarin.
Duta Besar Francois Jackman dari Barbados, Luis Quesada dari Peru, Joao S. Santos Neto dari Angola, Denis Jelimalai dari Moldova, Djauhari Oratmangun dari Indonesia, Martin Charles dari Komanwel Dominika, Clare P. Fearnley dari New Zealand, Antonios Toumazis dari Cyprus, Stephen Seedansingh Jr dari Trinidad dan Tobago, Aziz Mekouar dari Maghribi, Ahmed Mahgoub Ahmed Shawir dari Sudan, Darko Pajovic dari Montenegro dan Llaria Salicioni dari San Marino.
Xi mengalu-alukan duta besar ke China dan menyatakan ucapan ikhlasnya dan hasrat baik kepada para pemimpin dan rakyat negara mereka.
“China mempunyai kepentingan yang besar untuk mengasaskan hubungan dengan negara-negara dan bersedia untuk mengukuhkan lagi kepercayaan, kerjasama dan pertukaran supaya dapat memperkemban hubungan dua hala dan memberi manfaat yang lebih baik kepada rakyat,” kata Xi, dengan harapan agar para duta akan memainkan peranan positif secara berpanjangan.
Kerajaan China akan menyediakan kemudahan dan sokongan bagi duta-duta berkenaan, kata Xi. Duta-duta itu menyampaikan salam mesra dari pemimpin negeri mereka kepada Xi.
Mereka memberitahu Xi bahawa negara-negara mereka mempunyai kepentingan tinggi bagi hubungan dengan China, menghargai persahabatan antara rakyat dan bersedia untuk menyertai Inisiatif ‘Belt and Road’ untuk memperdalamkan lagi kerjasama yang saling menguntungkan. – Xinhua