Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xi ucap tahniah kepada Presiden baharu Greece

    BEIJING, 14 MAC – Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden baharu Greece Konstantinos Tasoulas, kelmarin.

    Xi melalui perutusan tahniahnya berkata China dan Greece mempunyai sejarah panjang dan budaya yang gemilang.

    Persahabatan antara kedua-dua negara semakin kukuh dan kini telah menjalin perkongsian strategik komprehensif yang rapat, sama menang dan saling menguntungkan.

    Menurut Xi, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara telah bekerjasama dalam projek seperti Pelabuhan Piraeus, inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta penubuhan Pusat Pertukaran Peradaban China-Greece dan Sekolah Mengenai Pengajian Klasik China di Athens. Kerjasama itu mencerminkan keindahan pertembungan dua peradaban kuno serta kebertanggungjawaban kedua-dua negara di peringkat global.

    “Tatkala menghadapi perubahan besar yang berlaku di dunia, semua negara berkongsi nasib dan masa depan. Oleh itu, kerjasama menang-menang merupakan jalan terbaik untuk menangani cabaran global.

    “Saya mementingkan perkembangan hubungan antara China dengan Greece dan bersedia berusaha bersama Tuan Presiden untuk mengembangkan hubungan persahabatan tradisional, merapatkan kerjasama saling menguntungkan dan pertukaran peradaban, meningkatkan perkongsian strategik komprehensif China-Greece, mendorong hubungan China-Eropah berkembang sihat, supaya menyumbang kebijakan dan tenaga bagi keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran dunia,” kata Xi. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda