BEIJING, 20 FEB – Pengeluar telefon pintar China, Xiaomi memulakan operasi di kilang baharu yang terletak di Daerah Changping Beijing, menurut sumber pentadbiran daerah hari ini.
Kemudahan baharu itu, yang terletak di Taman Perindustrian Xiaomi di Changping, meliputi 81,000 meter persegi, mampu menghasilkan sekitar 10 juta telefon setiap tahun, dan dilengkapi dengan teknologi pembuatan pintar canggih.
Sebilangan besar kerja di kilang dilakukan oleh sistem robotik, memastikan operasi berterusan sepanjang masa.
Semua barisan pengeluaran di kilang dijangka beroperasi pada akhir tahun 2024.- Xinhua