Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xiaomi catat peningkatan pendapatan suku kedua 2024

    BEIJING, 23 OGOS – Xiaomi, syarikat teknologi terkemuka China, baru-baru ini mengumumkan peningkatan ketara dalam pendapatan bagi suku kedua 2024, meskipun berdepan dengan kelembapan ekonomi di negara tersebut.

    Syarikat yang juga merupakan pengeluar telefon pintar ketiga terbesar dunia itu melaporkan pendapatan sebanyak AS$12.5 bilion bagi suku kedua tahun ini, mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut kenyataan kepada Bursa Saham Hong Kong.

    Keuntungan Xiaomi turut mencatatkan peningkatan sebanyak 38.9 peratus kepada AS$714.5 juta dalam tempoh yang sama.

    Xiaomi, yang turut dikenali dengan pelbagai produk teknologi termasuk telefon pintar, tablet, jam tangan pintar, dan kenderaan elektrik (EV), telah melancarkan kereta pertamanya – model SU7 – pada Mac lalu, secara rasmi memasuki pasaran EV China yang sangat kompetitif.

    “Kami menjangkakan untuk mencapai sasaran penghantaran 100,000 unit Xiaomi SU7 Series menjelang November 2024, lebih awal daripada yang dijadualkan,” menurut kenyataan syarikat itu.

    Pendapatan daripada segmen ‘EV pintar dan inisiatif baharu lain’ pula mencatatkan AS$897 juta dalam tempoh yang sama. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda