Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xiaomi dijangka perbaiki sistem pemanduan bantuan SU7

    BEIJING, 19 SEPT – Syarikat gergasi teknologi pengguna China, Xiaomi akan membaiki kerosakan sistem pemanduan bantuan pada lebih 110,000 kereta elektrik (EV) SU7, kata syarikat dan pengawal selia itu hari ini, beberapa bulan selepas kemalangan maut melibatkan model EV itu.

    Syarikat teknologi dan pembuat kereta China telah melabur berbilion dolar ke dalam teknologi pemanduan pintar, medan persaingan baharu dalam pasaran kereta domestik di negara itu.

    Namun Beijing telah bertindak untuk mengetatkan peraturan keselamatan selepas nahas membabitkan Xiaomi SU7 dalam sistem pemanduan bantuan dan membunuh tiga pelajar kolej tahun ini.

    Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan mengenai pengiklanan kereta yang mempunyai kemampuan memandu secara autonomi.

    Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran berkata sistem pemanduan bantuan lebuh raya Xiaomi menunjukkan keupayaan pengecaman, amaran dan pengendalian yang lemah dalam beberapa keadaan pemanduan yang berbahaya.

    Gambar fail bertarikh 25 April 2024 menunjukkan sebuah EV model Xiaomi SU7 dipamerkan di Pameran Auto Beijing. – AFP

    Ia berisiko mengalami kemalangan jika pemandu gagal campur tangan segera, kata pengawal selia.

    Xiaomi akan menaik taraf model SU7 standard yang dikeluarkan sebelum 30 Ogos 2025, kata syarikat itu dalam sesi soal jawab di platform media sosial, X Weibo.

    “Xiaomi sentiasa meletakkan keselamatan pengguna sebagai keutamaannya,” katanya, sambil menambah walaupun tiada bahagian fizikal yang perlu diganti, ia akan menguruskan pembaikan mengikut prosedur penarikan balik.

    Penarikan balik itu menjejaskan 116,887 kereta, kata pengawal selia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda