Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xiaomi lancar Mi 8, Mi 8 Explorer Edition, Mi 8 SE

    XIAOMI telah melancarkan telefon pintar kemegahan terkini iaitu Mi 8 (gambar) yang menampilkan spesifikasi dan ciri premium.

    Spesifikasi utama Mi 8 termasuk SoC Qualcomm Snapdragon 845, tetapan dua kamera belakang 12MP, ‘infrared face unlock’ dan kamera selfie 20MP.

    Pada acara pelancaran tahunannya di China itu, Xiaomi juga melancarkan Mi 8 Explorer Edition yang didatangkan dengan ciri-ciri eksklusif seperti pengecaman muda 3D, sensor cap jari dalam paparan dan panel belakang lut sinar.

    Selain itu, syarikat berkenaan juga melancarkan Mi 8 SE, varian Mi 8 yang lebih kecil. Mi 8 SE adalah telefon pintar pertama yang dikuasakan SoC Snapdragon 710 dan didatangkan dengan pengimbas cap jari di belakang, Face Unlock dan menggunakan MIUI 10 yang terbaharu.

    Dari segi rekaan, Mi 8 SE kelihatan serupa dengan Mi 8 dengan paparan takuk, bezel kecil di bawah dan tetapan dua kamera.

    Secara terperinci, Xiaomi Mi 8 merupakan peranti dual-SIM (Nano) yang menggunakan MIUI 10 (baharu sahaja dilancarkan pada acara sama) dan menonjolkan paparan Samsung AMOLED full-HD+ (1080×2248 piksel) 6.21 inci dengan nisbah bidang 18.7:9, nisbah skrin ke rangka 88.5 peratus dan menyokong paparan ‘Always On’.

    Seperti yang telah disebutkan, telefon pintar ini dikuasakan SoC Qualcomm Snapdragon 845 dengan dakwaan markah tanda aras AnTuTu sebanyak 301,472. Ia juga didatangkan dengan RAM LPDDR4X 6GB/8GB dengan RAM 8GB eksklusif bagi Explorer Edition.

    Untuk mengambil gambar, peranti kemegahan ini menonjolkan dua kamera belakang disusun menegak yang mempunyai dua sensor 12MP dengan 1.4-mikron piksel, OIS 4-axis, autofokus dual piksel, potret AI, pengesanan suasana AI dan pengesanan video. Xiaomi mendakwa skor foto DxOMark sebanyak 105.

    Di depan pula menampilkan kamera selfie 20MP dengan apertur f/2.0, 1.8-mikron piksel, selfie potret AI dan mod pencantik. Bagi storan, ia mempunyai pilihan storan dalaman 64GB, 128GB dan 256GB.

    Pilihan sambungannya termasuk 4G VoLTE, Wi-Fi (dual-band, 2.4GHz and 5GHz), Bluetooth 5.0, NFC, dual-band GPS (dengan sokongan signal L1/ L5, dikatakan telefon pertama di dunia yang mempunyai ciri ini) dan USB Type-C.

    Xiaomi Mi 8 mempunyai dimensi 154.9×74.8×7.6mm dan berat 175g serta disokong bateri 3400mAh. Mi 8 Explorer mempunyai dimensi yang sama tetapi berat sedikit pada 177g malah ia juga mempunyai bateri yang lebih kecil, 3000mAh. Kedua-dua model menyokong Quick Charge 4.0+ tetapi didatangkan dengan pengecas 18W Quick Charge 3.0 standard.

    Manakala itu, Xiaomi Mi 8 SE juga merupakan peranti dual-SIM (Nano+Nano) yang menggunakan MIUI 10 terkini tetapi menampilkan paparan AMOLED full-screen HD+ (1080×2244 piksel) bersaiz 5.88 inci dengan perlindungan kaca 2.5D, densiti piksel 423ppi, nisbah bidang 18.7:9 dan nisbah skrin ke rangka 86.12 peratus.

    Seperti yang telah disebutkan, Mi 8 SE dikuasakan pemproses Snapdragon 710 berkelajuan 2.2GHz. Cip lapan teras 10nm ini termasuk dua teras Kryo 360 Cortex-A75 berkelajuan 2.2GHz dan enam teras Kryo 360 Cortex-A55 berkelajuan 1.7GHz.

    Ia dipadankan dengan grafik Adreno 616, pilihan RAM 4GB atau 6GB dan storan dalaman 64GB yang tidak boleh ditambah menerusi kad mikroSD.

    Dari segi optik, Mi 8 SE dilengkapi dua kamera AI, satu sensor 12MP dan satu lagi sensor 85MP. Ciri kameranya termasuk apertur f/1.9, mod Bokeh, mod Potrait, denyaran monokrom, penyelarasan HDR, mod Panorama, mod Burst, pengecaman muka, teknologi memalapkan, EIS dan ciri-ciri AI seperti pengecaman kad perniagaan, penterjemahan pintar dan penukaran kadar mata wang pintar.

    Di depan pula terdapat kamera 20MP dengan latar belakang Bokeh AI, ciri pencantik pintar, cahaya lembut terbina dalam di depan, HDR automatik, rakaman video 4K dan gerak perlahan.

    Xiaomi Mi 8 SE disokong bateri 3120mAh yang dikatakan bertahan 269 jam masa standby, 108 jam main muzik, 13 jam menonton video dan tujuh jam bermain permainan video. Ia juga menyokong pengecasan pantas.

    Pilihan sambungannya termasuk Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, MIMO, GPS, AGPS, GLONASS, VoLTE dan USB Type-C. Sensor-sensornya termasuk giroskop, akselerometer, kompas, sensor cahaya ambien, sensor ruang, sensor gegaran dan inframerah. Peranti ini mempunyai dimensi 147.28×73.09×7.5mm dan berat 164g.

    Xiaomi juga telah mendedahkan versinya bagi avatar 3D Animoji Apple, menggelarnya Mi Meng.

    Avatar Mi Meng Xiaomi boleh merakam sehingga 52 pergerakan otot muka dan tidak hanya mengikut ekspresi malah juga suara pengguna.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda