Friday, November 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xiaomi lancar SU7 EV pertama

    BEIJING, 28 MAC –Gergasi teknologi pengguna China, Xiaomi akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada sidang media di Beijing hari ini, bagi memperkenalkan dirinya dalam sektor yang sangat kompetitif dalam pasaran kereta terbesar dunia. Sektor EV China telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, didorong oleh pembelian subsidi yang telah dihentikan pada akhir 2022 dan berpuluh-puluh pembuat kereta domestik telah terlibat dalam persaingan harga untuk berkembang dalam pasaran yang sengit itu.

    Xiaomi terkenal di seluruh dunia menerusi telefon pintar mampu milik dan peralatan rumah yang anggun, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lei Jun berkata dia kini meletakkan ‘reputasinya sebaris’ dengan SU7 EV, dan mencabar gergasi kereta China, BYD, dan Tesla milik Elon Musk.

    Anggun, sportif dan tersedia dalam warna biru, hijau zaitun atau kelabu elegan, SU7 malah memasukkan ‘simulasi bunyi,’ kata Lei, ‘untuk mencipta semula keseronokan memandu kereta sport.’

    Lei tidak mendedahkan harganya, tetapi telah berjanji ia akan menjadi ‘kereta paling cantik, pemanduan terbaik dan paling pintar’ pada harga di bawah 500,000 yuan (AS$69,200). – AFP

    Pengunjung kedai utama Xiaomi Automobile melihat kereta elektrik Xiaomi SU7 yang dipamerkan di Beijing pada 26 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda